Tips mudah breastfeeding

August 08, 2017

Hi! Assalamualaikum 😊 

Salah satu doa Ijjara masa pregnantkan anak sulung, nak fully breastfeeding sampai dia umur 2 tahun.
ALHAMDULILLAH, berjaya!

Sekarang Hana day almost 3 tahun dah (masih dalam proses nak wean off 😂)

Lepas Hana, pregnant pula #Sarasado. 

Now #Sarasado dah nak masuk 8 bulan, masih fully breastfeed.
Alhamdulillah.

What can I share, breastfeeding journey was never easy. Full of ups and downs. 

Tak ada masa nak pump, susu drop especially untuk working mom tu normal.

Kesat air mata mommies, KUATKAN SEMANGAT!

Ni Ijjara nak share skit info berkaitan pumping.
Semoga bermanfaat 😊


Credit to Ummu AZ

BERAPA KALI PERLU PAM SUSU SEHARI?

SITUASI DALAM PANTANG

Objektif:
➡latih hormon tentang high demand
➡reserve stock for emergency
➡latih orang sekeliling adapt BF
➡bermesra dengan pam. Nama pun besfren.

Pam setiap kali lepas baby nyusu.

Lepas dia terlena. Letak dia perlahan. Mulakan pam, habiskan sisa apa yg ada. Kalau baby jenis minum banyak/lama. Baki susu mungkin cuma tinggal 0.2-0.5oz. Kalau dia minum main2, boleh dapat banyak. Dekat 1oz. 

Apapun sikit atau banyak tulah rezeki. 
Dan...

SIKIT SIKIT TU PUN KALAU DIKUMPUL SELAMA 40 HARI PANTANG... 
WOWWWW JADI BYKKK.

Jangan buang.
Jangan bazirkan.

Kalau 12 kali anak menyusu. 12 kalilah pam untuk kosongkan breast. Walaupun dapat setitik. Tak lama pun. 5 min ja max. Kan anak dah menyusu. 

And trick untuk rasa mudah pam...
TAPAYAH BASUH CORONG 12X SEHARI.
(Tapi kalau korang ada masalah germophobia or obsess with sanitation, abaikan jelah trick ni)

Habis tu bila nak cuci????

Lepas pam. Masuk corong dan valve dalam tupperware. Bubuh dalam peti sejuk. Bila anak bangun menyusu, ambik bekas tupperware tu tadi bawak atas katil. Nanti dah habis menyusu, takdelah corong tu sejuk sangat kene kat breast. Hahahahahaha.

Basuh 2 kali sehari.
Maghrib. Subuh.
Rendam air panas.
Keringkan. Pakai balik.

Kat ofis pun camtu. Basuh kat rumah je lepas balik kerja.

Jgn risau 'kotor' sebab susu ibu ada antibodi. Kan susu boleh tahan 3-5 hari dalam peti sejuk biasa.


BERAPA HASIL PAM SETIAP KALI MENGEPAM?

Kalau pam lepas menyusukan baby dalam pantang. Macam jawapan di FAQ 1.

Kalau pam masa bekerja memanglah banyak. Sebab anak takde dengan kita. 
Between 2oz-20oz sekali mengepam. Yang dapat 20oz tu ibu susuan LUAR BIASA okehhh. 

Pengalaman ummi, hanya mampu capai 20 oz dengan bantuan supplemen dan anak sulung memang super high demand. (6-8oz per feeding session di usia 2 bulan )

Tak ada istilah SEPATUTNYA kalau kita percaya dan yakin bahawa rezeki susu adalah pemberian mutlak Allah pada kita. Kita hamba ni kenalah berikhtiar.

✔minum air min 3L
✔jangan skip makan sebab nak kurus cepat lepas bersalin
✔makan makanan berkhasiat
✔makan sayur/bahan yang bantu banyakkan susu ibu
✔ambil supplemen kalau badan masih rasa lemah, tak larat, tak sihat walaupun lepas 2 minggu bersalin

Kalau sakit. Tak larat. Taknak makan.
Macam mana badan nak hasilkan susu.

POSISI MENGEPAM YANG BETUL

Hanya menyusu baby je boleh position suka hati. Sebab susu tetap keluar walaupun baby tertonggeng. 

Kalau mengepam kena dalam posisi duduk tenang tenang. Sendal bantal kat belakang supaya tak sakit. Jangan menunduk. Nanti bongkok.


MACAM MANA NAK URUSKAN SUSU YANG DAH DIPAM?

Susu setitik tadi. Biar je dalam botol asal. Tak payah salin. Biar sejuk dlm peti.

Next pam dapat 0.5oz. Biar sejuk jugak.

3rd pam dapat setitik lagi. Kalini... campur botol 1st & 2nd. Botol 3rd biar sejuk. Dah sejuk sama suhu baru boleh campur dlm 1 botol bertarikh 7 ogos (contoh).

Kenapa?

Sebab khuatir kalau campur susu fresh 35 deg c suhu badan dengan 15 deg c susu dah sejuk, kita takut susu yang panas rosakkan enzim susu yg dah sejuk tu. Tak pasal2 susu rosak pulak. Penat kumpul. Hehe. Rasa tak penat tu?

Kalo botol ada bykkkk belanar... biar je 12 botol sejuk. Pastu minta tolong suami campurkan semua. Label tarikh. Suami basuhkan 11 botol.

Repeat next day. 

Saja nak tambah, SUAMI PUN KENA MEMBANTU BREASTFEEDING JOURNEY. hehe


ANAK TAK SABAR NAK MENYUSU. MACAM MANA? 

Anak tak sabar tu biasa.

Orang kata kalau anak lelaki, lagi lah kuat minum susu. Takpa. Slowly ajar baby, "Nak susu kene sabarrrr."

Memang tak senang.
Nak jadi mak blur. 
Nak nyusu blur.
Semua rasa blur serba tak reti.

But in times, you can adapt.
Dah tak risau dah crankiness level menyusu nak cepat tu. ✌

Kenapa baby lagi suka botol??? 
sebab... LAJUUUUU!!!

Nature menyusu badan memang susu tak keluar laju. Baby kene hisap seminit, (kita panggil stimulation period) untuk stimulate susu keluar. Bila dah terangsang, susu kluar macam shower (macam yg kita nampak melalui corong masa mengepam tu). Haaa...

Sebaiknya jangan bagi susu yang dah perah pada anak. Unless kita ada sesi mengurut, ada appointment doctor ke atau emergency kita warded ke (mohon dijauhkan, tapi ada kes camtu).

Cubalah...
Cuba gagahkan diri teruskan direct latching.
Cuba bersabar.
We know you both are learning. 

My concern... kalau baby dah tersuka botol. Refuse your breast. Nanti ada risiko exclusive pumping. Which sangat struggle (dan tabikkkk buat ibu exclusive pumping) sebab 12x bangun untuk pam. Bangun untuk panaskan susu. Sedangkan baby tengah merengek mengamuk nak susu. Sangat stressful. Kalau travel pun perlu bekal susu ibu dalam botol. 

Breastfeeding paling asas.
Paling simple masa travel.
Paling mudah masa tidur.
Mengiring je pun boleh susukan anak. Sambil rehat.

Sambil tulis post ni.

Moga nanti saya dapat feedback dari korang sambil korang pumping. Gitu!

TOLONG JANGAN GELABAHHHHHHH PERGI TUANG SEMUA SUSU DUA LAPIS NI KE DALAM SINKI 

Jawapannya susu 2 lapis tu TAK ROSAK, tak basi (provided chiller yang baik berfungsi eh, karate kalau letak susu dalam peti sejuk tapi LUPA ON SUIS).

Haha.

Kenapa ummi capslock sebab I did it during my 1st confinement. Penat penat pam dapat banyak gile. Pastu g buang!!!!!! 

Okay let me explain in a simple way.

Komposisi susu terbahagi kepada dua.

FOREMILK
➡susu yang cair, low fat nampak watery
➡selalunya keluar pada minit minit pertama menyusukan/mengepam

HINDMILK
➡susu lemak pekat, full cream??
➡kaya dengan protein
➡selalunya keluar selepas 'stable' beberapa minit kemudian/penghujung penyusuan

Bila feed melalui direct latching, kita tak nampak pun komposisi ni. Main bagiiii je.

Bila pam dalam botol pulak, foremilk dengan hindmilk ni dah tercampur. Jadi kita tak perasan la beza tu. Especially kalau pam sambil baca Quran, baca buku, scroll gambar/video anak, layan PM customer 

Selepas beberapa ketika, even hang tak masuk dalam peti pun, susu ni akan terpisah kerana berbeza density.

Jangan risau. Tak bahaya.
Goyangkan botol, susu akan bercantum semula. Goyangggg. Bukan goncang taw.

And this is the reason why, you should feed baby until your breast is empty.
✔supaya baby dapat both foremilk and hindmilk, barulah kenyangggg boleh BURP kuat kuat
✔elak FIL (Feedback inhibitor of lactation) mengurangkan penghasilan susu

TRICK KALAU ANDA NAMPAK/ORANG KOMPLEN BABY YOU NI MACAM TAK KENYANG KENYANG LA

Jangan memandai bagi nestum pulak kat anak usia baru 2 minggu. 

Pump a few mins before you direct feed your baby. Bagi keluar dulu foremilk yang banyak sangat tu. Nampak kat corong macam susu dah warna sedikit pekat, bolehlah bagi anak menyusu badan.

However, based on Leigh Anne O'connor (a lactation consultant in New York) "Breastmilk is breastmilk. It all serves A GREAT PURPOSE. Foremilk and hindmilk are the same thing. It's the fat content of the milk that is removed that varies. Most women do not need to worry about it at all."

Ciptaan Allah ni sangat sempurna.
Why worry?


SUSU IBU BOLEH ROSAK TAK?

Kiri 2oz.
Kanan 6oz.
✔Normal.

Kiri 4oz.
Kanan 3oz.
✔Normal.

Kiri kanan sama. Alhamdulillah.

Kiri setitik.
Kanan 12oz.
❌Tengok rupa pun tahu.

Yang ni... ummi suggest untuk jumpa pakar.

Manalah tahu kot kot kiri tu ada tersumbat atau salur susu rosak teruk sampai tak terhasil susu langsung dari kiri.

Kadang kadang, masa pantang, kita tak pandai menyesuaikan diri latching tak betul, mengakibatkan puting luka. Jadi buat beberapa hari, kita restkan sebelah. Might effect your production.

Please jumpa doctor.



Back to FAQ 4.

Boleh.

Cuma ummi nak share sikit lagi.

Ada orang kata, 'Susu kanan nasi. Susu kiri tu air. Hang kena bagi kanan kiri baru baby kenyang.'

Tengah bayang ibu ibu dok mengepam KELUAR NASI. Takdelah. Gurau je.

Kena faham, kena tahu, komposisi susu ibu. 

Baca balik FAQ 6. Foremilk dan Hindmilk.

Sesungguhnya, kalau breast ibu hanya sebelah sahaja pun masih mampu mengenyangkan anaknya. Ibu hanya perlu menyusukan sehingga breast kosong sepenuhnya (both foremilk dan hindmilk telah diminum oleh anak sehingga habis).

Tapi dah kenapa orang suruh saya menyusu dua dua belah, ummi?

1. HIGH DEMAND FROM BABY
Sebelah sahaja tak cukup banyak. Dia nak 6oz susu. Kita tak boleh sukat pun berapa oz kita dah bagi bila direct feeding. Hehehe.

2. AVOID FIL (MUSUH PENGHASILAN SUSU)
Bila anak tak habis menyusu. Ada sisa sikit tinggal dalam dada. You can feel it mama. Maka bertambah la FIL yang bagi signal pada badan, tak perlu produce banyak banyak. Dia ni cukuplah 2oz je satu sesi.

Tak nak. Kita kalau boleh, nak produce LEBIH BANYAK dari demand anak. Contohnya anak biasa minum susu ibu 3oz dalam botol. Kita cuba aim untuk hasilkan 5oz atau 6oz. Extra 2oz bolehlah disimpan sebagai emergency stok.

Macam mana nak produce banyak???

Selalulah kosongkan breast! Pam! Susukan! Lepas susu, pam!

Kan ummi dah share trick MUDAHNYA MENGEPAM. Cek FAQ 1: Tak perlu basuh corong 12x.

.
.
.

Selain tu, Ijjara amalkan supplement. Not directly as milkbooster tapi untuk optimumkan kesihatan.

Protein, calcium, multivitamin memang regularly Ijjara ambil. Sangat serasi dan membantu Ijjara proses penyusuan kedua dua anak Ijjara



Alfalfa complex

Shaklee

Bila badan sihat (cukup nutrisi), emosi stabil insyaAllah penghasilan susu akan meriah.

Bagaimana semua item ini membantu penyusuan?
Ijjara akan share di post akan datang


INGIN MENDAPATKAN COMBO PENYUSUAN & PRODUK SHAKLEE?

Hubungi Ijjara untuk dapatkan set/produk Shaklee dengan konsultasi yang betul, panduan pendaftaran ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli yang lebih jimat.


YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR
(Shaklee Kuala Lumpur & Cheras)

Nurul Izzani bt Zulkifle (Ijjara)
SMS/Whatsapp: +60183167285
Personal FB: Nurul Izzani
FB Page: HealthybeautyIjjara
Instagram: HealthybeautyIjjara

You Might Also Like

1 comments

Thank you for dropping by 😊

Subscribe