CPR untuk emergency

August 23, 2017

Hi! Assalamualaikum 😊 

Kalau dulu korang tanya Ijjara berani tak nak buat CPR?

Memang jawapan Ijjara NO.NO.NO

Tak reti.
Tak pandai.
Takut.

Tapi kita takkan pernah tau bila akan jadi kes emergency. Tiba-tiba orang sebelah kita tak bernafas, haaaa..takkan nak buat dont know tunggu ambulans datang.

Masa ni pentingnya ilmu. Kena ambik tahu bukan buat tak tahu ok 😎

Dalam #funcoachingAIG salah satu sharing pasal CPR dari bakal Dr. Best tau ilmu ni. Dr Neena buat sharing guna voice notes lagi. Ayu gemalai suara doktor 😍

So Ijjara akan share kat sini sebab sayang ilmu macam ni tak simpan. 
Semoga bermanfaat untuk orang lain jugak 😊

CARDIOPULMONARY RESUSCITATION 
Satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.
Apabila jantung berhenti mengepam dan paru-paru berhenti bernafas (clinical death), darah tidak sampai ke otak (otak tidak dapat bertahan lama tanpa oksigen) jadi akan menyebabkan mati otak (biological death)

So senang cerita, kalau behenti bernafas tak semestinya dah mati tapi bila mangsa dah mati otak (confirm by Doctor) masa ni memang dah tak ada harapan dah 😔


CPR ni dilakukan adalah untuk memastikan bekalan oksigen dalam darah yang mencukupi sampai ke otak untuk mengelakkan keadaan mati otak. 


CPR ni penting masa emergency (sementara tunggu bantuan datang).

Let say, kita jumpa orang tiba tiba pengsan tak bernafas (maybe kena serangan jantung), masa ni kena buat CPR. 


SUSAH TAK NAK BUAT CPR NI?


First kalau berdepan dengan situasi macam ni, diri sendiri bertenang dulu. Kita gelabah beruk kang satu benda tak dapat buat. Bertenang, istigfar banyak-banyak.


Terus set dalam kepala,

D.R.C.A.B
D-DANGER
Kenal pasti dan jauhi keadaan yang boleh membahayakan mangsa dan anda.


R- Response & Rescue
Response contoh macam kita goncang tubuh mangsa pastu tanya 
"Puan, puan..Puan okey ke ?"

Rescue sekiranya mangsa tidak memberikan respons, masa ni kita dapatkan bantuan seseorang untuk menghubungi talian kecemasan '999'


Next step..
CIRCULATION (Peredaran darah)
Periksa nadi mangsa di leher 'Carotid artery'

Compression (TEKAN KUAT DAN CEPAT di atas bahagian tengah dada mangsa) 

1. Pastikan mangsa dalam keadaan baring di permukaan yang keras dan rata.
2. Berlututlah di sisi rusuk mangsadan tetapkan keadaan kedua tangan kita di mana kedua telapak tangan bertindan menghadap ke bawah, dan jari-jari menyelangi di antara satu sama lain.
3. Pastikan lengan kita lurus dan letakkan serta tetapkan posisi dasar tapak tangan kita di tengah-tengah dada mangsa.
4. Lakukan tekanan dada mangsa dengan menggunakan kekuatan berat badan dan BUKANNYA kekuatan tangan sahaja.
5. Setiap kali membuat tekanan dada mangsa, pastikan ianya tertekan ke dalam sekurang- kurangnya 5-6cm= 2-2.4inci.
6. Sasarkan sebanyak 100-120 kali tekanan dada dalam masa 1 minit (teruskan tekanan dada itu sehinggalah pertolongan sampai)

Airway(Saluran udara) 
Saluran Udara kena diperiksa di mana kedudukan kepala dan rahang dipastikan sesuai untuk memudah perjalanan aliran udara.

Kaedah “Dongakkan Kepala, dan Angkatkan Rahang” adalah kaedah yang biasa dilakukan bagi memudahkan saluran udara terbuka.


Breathing(Pernafasan)
1. Kita perlu memicit hidung mangsa hingga tertutup sepenuhnya dan melakukan hembusan udara dari mulut ke mulut atau menggunakan alat yang khas. Kaedah ini membolehkan mangsa menerima lebih gas oksigen yang masuk ke paru-paru.
2. Kita harus memberikan bantuan pernafasan ini sebanyak 2 kali sebelum mengulangi ‘tekanan dada’. Kitaran ini perlu dilakukan berterusan iaitu 30 tekanan dada dan 2 kali hembusan nafas sehinggalah bantuan ambulan sampai dan kakitangan yang telah dilengkapi dengan peralatan yang lebih sesuai mengambil alih tugas melaksanakan CPR tersebut.

Menurut protokol American Heart Association(AHA 2015), sekiranya kita tidak tahu atau teragak-agak,lakukan CPR dengan HANDS-ON ONLY (tekanan dada sahaja)

Clear kan?

Best gila sharing ni sebab detail tapi boleh faham. Ijjara sukaaaa. Tak rasa ngantok pon sebab sharing guna voice notes. 

Masa ni Dr Neena advise pasal kes emergency serangan serangan jantung.  Kolestrol tinggi salah satu penyebab ramai kena penyakit jantung. Nak kawal kolestrol kena kurangkan ambik makanan berlemak, berminyak, banyakkan makan sayur & buah dan boleh amalkan Omegaguard (fish oil rich in Omega-3) & Phytocol.

Dan yang paling best lagi pasal sharing ni sebab boleh tanya soalan.

So Ijjara ada la tanya few question

Q: Td dr neena cakap kalau buat compression kena full energy dari badan kan, macam mana kalau mangsa tu budak. Means umur 2-3 tahun macam tu. Budak kecik tulang pon kecik kan, takpe ke kalau kita bg full energy tekan dada dia masa compression tu?

A: Sebenarnya untuk budak lain sikit. Kalau untuk orang dewasa macam kita, kita buat compression kat dada 5-6 cm (2-2.4 inci). Kalau untuk budak 1 year-puberty, kita buat compression kat dada 5 cm (2 inci). Kalau untuk baby baru lahir hingga 1 year, kita buat compression sikit je, dalam 1.5 inci (1/3 depth of chest) dan untuk baby ni, kita guna dua jari je tau untuk compress dada baby. Tak perlu buat compression macam orang dewasa . Hancur dada baby tu nanti hehe

Q: Lagi satu nak tanya, macam mana kita nak tau org tu otak dia dah mati? Ada possibilities tak dia masih bernafas tp otak dah mati?

A: Untuk tahu kes macam ni kena periksa guna alat dekat hospital. Cuma untuk kes emergency onsite walaupun mangsa dah tak bernafas kita kena teruskan CPR. Sebab masih ada harapan untuk mangsa kembali bernafas.

Q:Macam dalam drama kan, bila dia buat CPR tiba tengok tak da respon dia pi cucuk kat leher org tu? Yang tu kenapa eh?

A: Tracheostomy. Contoh kalau airway dia terganggu (injured dan banyak darah terkumpul ke sampai tak boleh bernafas) kita cucuk tu untuk bagi dia bernafas macam biasa. Tapi ni kena profesional yang buat. Jangan main cucuk je.

BESTKANNN SHARING MACAM NI?
Melimpah ruah dengan ilmu
Semua hanya di #funcoachingAIG


INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE ATAU JANA PENDAPATAN DALAM BISNES SHAKLEE DENGAN TEAM IJJARA

Hubungi Ijjara untuk dapatkan set/produk Shaklee dengan konsultasi yang betul, panduan pendaftaran ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli yang lebih jimat.


YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR

Nurul Izzani bt Zulkifle (Ijjara)
SMS/Whatsapp: +60183167285
Personal FB: Nurul Izzani
FB Page: HealthybeautyIjjara
Instagram: HealthybeautyIjjara


You Might Also Like

0 comments

Thank you for dropping by 😊

Subscribe