komunikasi secara mudah dengan anak
August 24, 2017
Hi! Assalamualaikum 😊
Hana banyak kali panggil Ijjara kakak, kadang tu Kak Ros terus.
Tak sure sebab Ijjara nampak muda ke eceh perasan or sebab garang. Bahahaha
Makin anak besar makin mencabar tau nak faham anak ni. Pening kepala Mommy sebab bahasa komunikasi depa ni simple. Yang simple tu yang kita susah nak paham 😓
Dalam last #funcoachingAIG, auntyena ada nak share tips untuk kita paham bahasa komunikasi anak-anak ni or pendek kata ilmu nak lebih senang paham anak kita.
tips berkomunikasi dengan anak secara efektif
Ok. First tips,
Kenalpasti perasaan dan mood anak
Ada masa anak mood baik diorang akan behave, ada masa moody akan mudah tantrum.
So macam mana as parents kita nak bantu diorang rasa baik je?
Dengan memahami perasaan anak.
Letak diri kita dalam situasi diorang. Hanya buat assumption sahaja. Cuba faham perasaan anak.
Cuba
Cuba
Cuba
Jangan putus asa.
Dengar luahan anak dengan penuh perhatian
Haaa..part ni pon penting. Elakkan dengar acuh tak acuh. Kalau boleh cuba beri sepenuh perhatian pada anak.
Ni tak kadang sebab anak cakap pelat, kita tak faham kita pon malas nak layan 😓
Kesian kan anak kalau asyik kena ignore je. Nak dengar tu tak bersuara pon takpe janji kita pandang tepat ke wajah anak. Penuh espresi & mimik muka.
Beri respons yang baik dan bersesuaian pada anak
Lepas dah dengar kena bagi respon.
Raikan anak dengan perkataan "oh", "mmmm", dan "begitu".
Kalau boleh la kan elak menyoal & menasihati. Anak anak memang susah untuk berfikir dengan jelas dan konstruktif bila disoal, dipersalahkan & dinasihati.
Respon oh, mmm.. pastu gabung dengan sikap parents yang amik berat akan buatkan anak menerokai fikiran dan perasaan mereka. So diorang boleh jumpa jalan penyelesaian sendiri
Lagi satu bila diorang dah buat right decision, jangan lupe untuk puji.
Auntyena siap bagi contoh lagi 👍
❌❌❌
✅✅✅
Seterusnyaaaa..
Jangan nafikan perasaan anak sebaiknya namakan perasaan itu.
Ni pon kita as a parents selalu terlepas pandang.
Perasan tak bila kita suruh anak jangan nangis ke jangan sedih ke, akhir sekali dorang lagi tambah sedih.
So, solution untuk masalah ni kita kena namakan perasaan mereka.
Dalam situasi ni, anak berasa ditenangkan apabila mereka mendengar perkataan yang sama seperti apa yang mereka alami. Rupanya ada yang memahami pengalaman mereka.
Baru lah anak rasa awesome nya Mommy daddy aku ni 😍
❌❌❌
✅✅✅
Lebih mudah nak paham dari contoh komik ni kan?
Next..
Berikan apa yang anak inginkan secara imaginasi
Anak anak biasanya tak kan faham dengan penerangan dan logik. Yang penting apa yang dorang nak, dorang yakin dorang pasti dapat.
So logikal memang jarang works untuk anak anak. Lagi kita terang ikut logik, lagi dorang tantrum
Ni contoh kita create imaginasi untuk solve problem
✅✅✅
❌❌❌
Fuhhh.
Parenting ni memang challenging. So job kita as a parents never give up, teruskan belajar.
Ijjara pon kadang rasa nak give up je bila anak tantrum, semua serba tak kena. Cepat-cepat istigfar lepas tu muhasabah. Punya lah besar pengorbanan dan kesabaran Mak Ayah kita besarkan kita.
Ya Allah.
Ampunkanlah dosa kedua ibubapaku.
Kasihanilah mereka sebagai mana mereka mengasihaniku sedari aku kecil
Dan sihatkanlah tubuh badan mereka, panjangkanlah umur mereka dalam kebaikan & izinkanlah aku berbakti kepada keduanya hingga hujung hayat.
Amin
Kesayangan dunia akhirat














0 comments
Thank you for dropping by 😊