tips asas penjagaan kulit
August 23, 2017
Hi! Assalamualaikum 😊
Sebelum belajar tips nak kulit cantik jelita kena ambik feeling cantik jelita dulu. HAHA.
Muka Ijjara tak flawless tau, ni nak belajar cara nak facial sampai kulit flawless ni.
Ni Ijjara nak share tips facial/jaga kulit dari #funcoachingAIG.
Best tips ni lepas ni tak payah kalut nak buat facial pi SPA, buat dari rumah ajeee 😍
So macam mana nak jaga kulit jadi sihat & cantik ni?
Kita go step by step ok.
Siapkan semua bahan dan peralatan yang diperlukan untuk facial.
Antaranya pembersih wajah (cleanser), scrub, masker, toner, moisturiser, air suam, towel, pemicit blackhead dan tisu.
Before tu kena pastikan kita pakai produk yang sesuai dengan jenis kulit. Paling penting kenalpasti sebelum membeli produk & kaji ingredient supaya tiada bahan berbahaya.
Ijjara guna set enfuselle for dry skin dari Shaklee. Selamat & memang berkesan for me 😊
Pastikan terlebih dahulu tangan bersih dari sebarang kotoran. Sebaik-baiknya menggunakan sabun antibacterial.
Penting ke bersihkan tangan ni?
Sebab semua benda buat dengan tangan tau. Nanti kotoran kat tangan tu pindah pulak kat muka.
Ni antara step paling penting tapi ramai yang miss. Geli tau tangan baru lepas garu ketiak pi picit muka pulak nanti semua bacteria pindah ke muka. Euwwwww
Langkah nak cuci tangan bagi bersih suci murni. Hehe
Next step..
Bersihkan muka dari sebarang make up menggunakan make up remover dan bilas.
Kalau tak ada make up remover, boleh guna minyak zaitun atau minyak baby.
Masa nak bersihkan muka ni guna gerakan membulat dari bawah ke atas menggunakan jari supaya kotoran, minyak bersih sepenuhnya. Lagi best urutan keatas ni mampu kurangkan kedutan/tanda penuaan tau.
Next..scrub. Part ni Ijjara sukaaaa 😍
Scrub ni untuk menghilangkan kotoran yang ada dlm pori pori kulit dan juga menghilangkan sel sel kulit mati di wajah.
Kalau siapa ada kulit kusam kena rajin scrub, buang sel kulit mati.
Antara tips untuk scrub ni pilih scrub yg memiliki butir butir lembut, tapi kalau kasar pastikan scrub sekitar 2-3 minit sahaja supaya tak jadi iritasi pada kulit. Boleh scrub lebih lama di area yang banyak blackhead dan white head seperti di dahi, hidung, dan dagu.
Kulit Ijjara memang jenis sensitif kalau scrub guna biji biji ni, so pakai NW makeup remover memang awesome. Tak ada biji kasar tu tapi berkesan sangat buang daki kotor kat muka. Fresh je rasa kulit 😍
Nak buat homemade scrub pon boleh, guna je oat, gula, garam or serbuk kopi pon boleh.
Steam muka menggunakan wap air panas tujuan untuk membuka pori pori kulit.
Macam mana nak steam muka ni?
Dekatkan muka pada wap lebih kurang 20cm, tutup kepala guna towel supaya wap tu xterkeluar. Biarkan 5-8 minit. Seterusnya buang blackhead dan white head sama ada guna alat atau pun tisu. Elakkan guna kuku sebab kalau kuku tak bersih boleh naik jerawat!
Tujuan masker utk menutrisi dan meremajakan kulit.
Tapi kena pilih masker yang sesuai dgn jenis muka. Boleh sapu diseluruh muka kecuali di kawasan mata dan mulut.
Kalau nak buat homemade boleh guna yogurt+esp, tomato, madu +lemon/lime, putih telur.
Tujuan toner ni untuk menutup kembali pori2 yang terbuka.
Paling best Ijjara suka gunakan kiub ais 😍
Moisturizer untuk bantu kekalkan kelembapan pada wajah.
Masa sapu tu urut sekali muka so boleh bantu rilekskan otot otot dan melancarkan perjalanan darah pada muka. Cara terbaik gunakan jari tengah dan manis dengan gerakan memutar dari bawah ke atas.
Ijjara pakai Enfuselle moisturiser from Shaklee 😍
Nak hasil yang maksimum oleskan serum dan sunblock.
Serum utk menambah nutrisi tambahan untuk kulit.
Selain itu untuk kulit lebih lembab, kenyal, halus dan lembut. Kalau macam Ijjara kulit kering memang kena pakai serum.
Last but not least,
Pakai sunblock untuk lindungi kulit dari sinar UV.
Sinar UV yg berlebihan boleh menyebabkan kanser kulit dalam jangka masa yang panjang. Untuk jangka pendek boleh dapat jeragat 😩
SPF terbaik adalah SPF 50++
Haaa..
Lengkap 10 tips jaga kulit dari luar
(Info credit to Qila dari #teamAIG)
Dah jaga luar dalam perlu jaga tak?
Of course!!!
Pastikan ambik makanan seimbang, lebihkan buah, sayur & minum air kosong secukupnya. Dan boleh topup dengan supplement.
Women's bestfriends - VIVIX & COLLAGEN SHAKLEE
Collagen Shaklee ni memang awesome tau.
Nak tengok effect lepas 4 kotak Collagen tak?
Kak Inat- dari RYG.
Ijjara dah tengok depan depan Kak Inat ni memang flawless. Mak anak 4 tau ni 😍
Lagi sorang Dr Mira, dari RYG jugak.
Dr Mira ni dulu adalah masalah kulit (jerawat) now memang flawless macam kulit telur kulit dia.
😍😍😍
Anyone nak tau lagi details rahsia kulit cantik depa ni, boleh terus roger Ijjara.
Jangan malu jangn segan ok.
Meh kita curhat tepi 😉
INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE ATAU JANA PENDAPATAN DALAM BISNES SHAKLEE DENGAN TEAM IJJARA
Hubungi Ijjara untuk dapatkan set/produk Shaklee dengan konsultasi yang betul, panduan pendaftaran ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli yang lebih jimat.
YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR
Nurul Izzani bt Zulkifle (Ijjara)
SMS/Whatsapp: +60183167285
Personal FB: Nurul Izzani
FB Page: HealthybeautyIjjara
Instagram: HealthybeautyIjjara


















0 comments
Thank you for dropping by 😊