Kepentingan jaga gigi susu kanak kanak
August 16, 2017
Hi! Assalamualaikum
Pernah tak dengar statement macam ni?
'Rileks la. Gigi susu je ni. Tunggu gigi kekal nanti la baru jaga'
Jangan gitu dik. Melentur buluh biar dari rebungnya.
Mula dari awal. Nanti jadi macam akak. Kena pakai braces masa tua ni. Bahahaha
Sorry tak ada kaitan 😂
(Kita tanya Dr gigi jawab)
Pernah tak dengar statement macam ni?
'Rileks la. Gigi susu je ni. Tunggu gigi kekal nanti la baru jaga'
Jangan gitu dik. Melentur buluh biar dari rebungnya.
Mula dari awal. Nanti jadi macam akak. Kena pakai braces masa tua ni. Bahahaha
Hana tak aci senyum sorok gigi 😏
Hari ni sebenarnya Ijjara nak share pasal penting ke jaga gigi susu ni ataupun kepentingan gigi susu.
Sharing ni memang dari dentist tau. Dr Ismatul siap share lagi cara nak jaga gigi untuk semua peringkat.
Paling best lagi siap ada Q&A session lagi.
KITA TANYA DENTIST JAWAB.
So, back to our topic,
PENTING KE JAGA GIGI SUSU NI?
PENTING SANGAT!!!
Gigi susu penting untuk belajar pertuturan yang sempurna
First sebab gigi susu ni penting untuk pertuturan yang sempurna especially untuk kanak-kanak.
Cuba imagine, budak dah la pelat pastu gigi susu semua rosak dan rongak. Tak ke seksa budak tu nak belajar menyebut huruf, belajar sebutan huruf. Silap hari bulan tersembur semua air liur masa nak sebut 😂
Gigi susu ni sebenarnya membantu kanak kanak untuk belajar menyebut huruf. Especially huruf yang perlukan lidah sentuh gigi baru keluar bunyi.
Cuba imagine gigi tak ada sebut G?
Hahaha.
Gigi susu penting untuk makan dan mengunyah.
Second, untuk makan & mengunyah.
Ni semua mesti clear kan. Tak ada gigi tak ke susah nak makan nak mengunyah.
Lagipun kids dalam phase ni nak belajar rasa, explore makanan, tapi gigi takde tak boleh kunyah tak boleh makan dengan sempurna.
Tak ke kesian?
Gigi susu penting untuk penampilan diri
Third, untuk penampilan diri.
Tak ada gigi rasanya best tak nak senyum nak bercakap dengan orang?
Bukan untuk confident je tau. Kids tak kisah sangat pon appearances. Tapi sebenarnya gigi susu ni akan bentuk muka kita. Lekuk-lekuk yang cantik kat muka kita gigi yang tolong betulkan.
Pastu kalau tak ada gigi, guane?
Nak tengok rupa muka kalau tak ada gigi?
Haaa..
Dah jadi macam nenek-nenek padahal kecik lagi.
Gigi susu penting untuk sediakan jalan untuk gigi kekal
Point seterusnya, yang ni mesti ramai tak tahu. Ijjara pon baru tau semalam.
GIGI SUSU NI PENUNJUK JALAN UNTUK GIGI KEKAL.
Macam yang kita tau, gigi susu akan diganti oleh gigi kekal kan. Gigi kekal ni duduk exactly tempat yang sama dengan gigi susu.
So kalau tak ada gigi susu?
Gigi kekal yang akan keluar tu macam tak ada pedoman 😂
Dia akan mula keluar ikut suka hati dan ada possibilities gigi akan jadi berterabur.
Dr Isma siap share lagi gambar xray gigi.
Nampak idok gigi kekal yang bawah bawah tu duduk elok je dalam tunas gigi susu?
Comel kann 😃
Gigi susu penting untuk pembentukan otot dan rahang
Last sekali, ada sebab Allah jadikan sebelum ada gigi kekal ada gigi susu dulu.
Selain kita boleh mula belajar cara jaga gigi, gigi susu bantu pembentukan otot & rahang.
So kita jangan kacau apa yang normal. Masa anak membesar ni, setiap pergerakan mulut menyumbang pembentukan otot & rahang yang sempurna.
So kalau gigi susu yang sepatutnya ada semua rongak tak ada? Tak ke dah lari sikit part tu.
So, macam mana nak jaga gigi ni?
0 bulan - tumbuh gigi
- biasakan urut gusi dia
- bagi dia *biasa* kita cuci mulut dia
dah tumbuh gigi 4 - 6 batang
- boleh lap guna tuala basah
- lepas susu
- sebelum tidur
dah banyak gigi
- carik berus gigi yang lembut
- ubat gigi *tanpa* florida (taknak kasi telan)
- setiap malam biasakan
dah pandai ludah
- boleh tukar guna ubat gigi yang ada fluorida
(Kita tanya Dr gigi jawab)
Disebabkan Ijjara baik hati sikit petang ni, Ijjara share sekali Q&A antara dalam #funcoachingAIG ni 😀
1. Kalau gigi susu dah hitam (grossly decayed) kena cabut tak ?
Kalau setakat 1 2 gigi tak cabut. jadikan dia space maintainer untuk gigi kekal.
2.Berapa kali sehari sepatutnya untuk kids gosok gigi?
2 kali sehari. Paling penting malam sebelum tido.
3. Just nak kongsi, sepupu umor dh 20 ++ gitu dannn gigi dia still gigi susu. Tak pernah longgar dan cabut.. Kenapa eh, ada ke kes mcm tu?
Memang ada kes gigi kekal dia memang takde. so kita akan biar je gigi susu tu kat situ..tapi kalau gigi kekal ada kat bawah, gigi susu tu kena cabut.
4. Sebab utama kenapa gigi budak cepat hitam? (Pathological simplified haha)
Disebabkan gula2 ke?
Hitam means *bagus*. bila dah hitam maknanya rosak kat gigi tu takkan merebak. kita panggil arrested caries.
5. Anak umur 9 tahun, tahun ni je dah 4 batang gigi susu cabut sendiri dan gigi tumbuh awal. Macam tak tersusun. Boleh ke gigi tu susun cantik dgn sendiri atau ade gigi yg kene cabut?
9 tahun memang umur normal untuk gigi susu tercabut. Kalau terabur jugak lepas semua gigi tumbuh boleh buat *braces*.
6. Macam mana nak jaga gigi, anak 1y 9mo 4batang gigi kat atas ada kavity. Satu dah pecah sikit sebab gigit mainan
Pecah tu memang takleh elak. Biasalah budak2. Untuk taknak bg rosak memang kena gosok. jangan kasi benda manis.
7. Seawal umur berapa kena jaga gigi and gusi?
Dari dalam kandungan lagi kita dah mintak ibu jaga makan supaya gigi anak terbentuk cantik dan kuat.hihi
8. Alamak anak akak suka hisap jari. Dah try bagi puting, takmau. Macam mana nak stop?
Macam anak saya. Kalau tak setiap masa xpe tapi kalau setiap masa dan hisap kuat, nanti jongang. Boleh letak apa2 kat jari dia, kasi dia tak hisap.
9. Anak buah umur 7 tahun. Dah gugur beberapa gigi susu. Tapi dah nak dekat setahun belum tumbuh gigi kekal. Macam mana nak buat?
Takpe, tunggu je. Kadang-kadang memang lambat. kalau risau boleh g klinik utk xray
10. Berus gigi dan ubat gigi yang sesuai?
Berus gigi yang lembut. ubat gigi tak kisah. Saya pon tukar-tukar.
11. Ada anak tumbuh gigi seawal 6 bulan, ada anak setahun belum tumbuh gigi. Kurang kalsium ke?
Takde kaitan. Kalsium efek gigi tu kuat ke tak. Bukan cepat atau lambat tumbuh.
12. Kalau dah nk 2 tahun guna napkin lagi boleh ke sebab best sket mak dia nak nyental.
Bolehhh! asalkan gosok semua permukaan.
13. Anak saya 3+ y. Gigi depan 2 batang ada caries. Macam mana ye nak buat? Ada rawatan yg sesuai ke utk gigi susu yg caries selain istiqomah menggosok gigi?
Boleh tampal tapi sebelum tu ajar dia biasa dengan doktor gigi. Dari umur setahun dah bawak pergi cek. Kalau dia biasa memang dentist senang je nak tampal gigi dia.
14. Anak saya 3+y. Gigi depan ada sumpik sikit sebab jatuh. Dah buat tampalan dekat klinik. Lepas gigit tulang ayam, tampalan tu tertanggal. Next week nak bawa ke klinik semula. Macam mana ya nak jaga tampalan gigi depan ni?
Gigi depan memang susah nak jaga tampalan. even untuk orang dewasa. memang tak boleh makan yang keras2 kat situ.
15. Cara / rawatan untuk baiki gigi kekal yg tumbuh sesuka hati?
Braces
16.Kalau ada pocket kat gigi boleh tak rawat sendiri kalau tak jumpa doktor?
Pocket jadi sebab ada calculus dan plaque. selagi tak buang selagi pocket tak boleh healed.
17.Gigi yang sensitif contohnya ngilu bila makan@minum benda sejuk boleh pulih tak?
Cuba try sensodyne
Fuhh..
Memang best sharing malam tadi. Simple tapi clear.
Nak lagi tak Ijjara share input sharing session AIG?
INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE ATAU JANA PENDAPATAN DALAM BISNES SHAKLEE DENGAN TEAM IJJARA
Hubungi Ijjara untuk dapatkan set/produk Shaklee dengan konsultasi yang betul, panduan pendaftaran ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli yang lebih jimat.
YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR
Nurul Izzani bt Zulkifle (Ijjara)
SMS/Whatsapp: +60183167285
Personal FB: Nurul Izzani
FB Page: HealthybeautyIjjara
Instagram: HealthybeautyIjjara
INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE ATAU JANA PENDAPATAN DALAM BISNES SHAKLEE DENGAN TEAM IJJARA
Hubungi Ijjara untuk dapatkan set/produk Shaklee dengan konsultasi yang betul, panduan pendaftaran ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli yang lebih jimat.
YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR
Nurul Izzani bt Zulkifle (Ijjara)
SMS/Whatsapp: +60183167285
Personal FB: Nurul Izzani
FB Page: HealthybeautyIjjara
Instagram: HealthybeautyIjjara









0 comments
Thank you for dropping by 😊