Tips sediakan bekal makanan cepat dan mudah

August 16, 2017

Hi! Assalamualaikum 😊 


Pagi ni tetibe FB remind pasal gambar ni 😍

Gambar berapa tahun lepas ni. Masa ni belum kahwin pon. Abang Sado graduate UM masa ni. Pastu Ijjara poyo acah-acah graduate sekali. Masa ni zaman cinta berputik setaman. HAHAHA.

Masa berubah tapi sayang tak berubah.
Dulu sayang sekarang lagi bertambah sayang 😆

KERANA SAYANGKAN YOU..
I prepare lunchbox hari-hari tau 😝

Hehe. Actually semalam turn Ijjara bagi sharing untuk #funcoachingAIG. Best jugak Ijjara dapat tajuk ni.


Tips sediakan bekal makanan dengan mudah dan cepat.

Eh yeke hari-hari kau prepare lunchbox ni? 
ke kau cakap je lebih tak buat pon?

Hehe. 

Practice what you preach
So far memang Ijjara prepare lunchbox Abang Sado hari-hari. I mean working days except Jumaat. Weekend tak ada la lunchbox, weekend masak untuk makan kat rumah je la.


So kau power masak la ni?
Of course TAKKKK.

Ijjara bukan born naturally suka dan pandai masak 😭 
Until now Ijjara ada masalah tak confident nak bagi orang makan takut tak sedap etc. And jangan pelik kalau ada masa Ijjara masak sebelah tangan masak sebelah tangan google resepi 😂
Thank you Mr.google, you are my bff


Kelebihan sediakan bekal makanan sendiri setiap hari.

First sebab nak jaga kesihatan bersama. Masak sendiri kita boleh pilih bahan yang fresh & proses masak pon lebih bersih. Boleh kurangkan bahan perasa jugak. Cukup letak gula & garam.

Second, nak elak Abang Sado makan fastfood. Kadang dia busy kerja time lunch asyik makan fastfood. Tak McD, KFC. Tak KFC, makanan mamak 😓

Third, jimat. Masak sendiri lebih puas hati & jimat tau. Duit lebih simpan pi holiday dengan family 😆

Susah tak nak prepare bekal setiap hari?
Tak susah sangat pon. 
Meh Ijjara share tips & tricks 😎

Kenal selera sendiri

Lain orang lain tekak. Lain perut.

Selera I dan Abang Sado I maybe tak sama dengan selera Abang Sado you 😁
So, ikut selera masing-masing.

Ada orang boleh lunchbox dia makan salad je.
Ada orang wajib nasi.
Ada orang roti/paratha dah cukup.

Prepare yang simple-simple je janji kena dengan selera.


Rancang menu sebelum memasak

Untuk elak kebarangkalian termenung depan peti ais yang tinggi. HAHA.

Plan teruih menu seminggu.

Lepas tu dalam seminggu tu shuffle la ikut suka hati. Ada hari teringin nasi combo la dengan lauk. Ada hari nak spageti. Ada hari maybe nak sup-sup je.

Pastu kalau blur nak masak apa?
Masa ni gunakanlah suami & anak-anak. Tanya la depa. Open table. Hehe

Make sure dalam menu seminggu tu ada menu yang simple. Jangan semua menu nak yang complicated je. Sebab akan ada hari kita nak cepat or busy. So masa tu prepare gun menu yang simple tu.

Menu tu buat la ikut diet lengkap. Kalau boleh ada carbo, protein & sayur/buah.


Macam Ijjara akan make sure ada sayur. Wajib. Tak ada sayur Ijjara kutip ulam raja belakang rumah buat sambal belacan. Settle!

shopping bahan untuk memasak it menu

Bila dah tau selera dah plan menu baru shopping.

Listkan semua bahan yang nak beli. Jangan tertinggal satu pon sebab kalau dah ready nak masak tiba ada barang tak cukup boleh spoil mood tau.

Barang basah boleh shopping seminggu sekali.

Barang yang lain boleh beli ikut keperluan. Bahan yang tak tahan lama (especially sayur berdaun) jangan beli banyak sangat nanti tak fresh.

Next..

Prepare awal sebelum memasak

 To be honest, preparation ni part paling crucial.

Kalau kita power part ni mudahlah kerja.

Macam barang basah selalunya Ijjara akan beli seminggu sekali. Masa tu bersihkan siap-siap, asing ikut portion. Ijjara letak dalam ziplock beg je sebab nak jimat space. Hihi

Ni contohnya dah siap pack masuk dalam freezer. Nak mask thaw yang mana perlu je.


Next, preparation untuk masak. Part ni ada tricks sikit.

Ijjara ada 2 situasi:

SITUASI BILA NORMAL/RILEKS
Selalunya Ijjara memang akan bangun pagi masak nasi dan prepare lauk. Dengan syarat semua bahan nak masak tu prepare malam sebelumnya. Jangan semua nak prepare pagi tu nanti kelam kabut.


SITUASI KALAU BUSY
Kalau ada hari yang Ijjara agak esoknya akan busy (macam ada meeting ke, nak pi branch Shaklee or nak pergi pos ke) Ijjara akan masak lebih untuk dinner.

Tapi lepas siap masak terus asingkan, jangan include sekali portion tu masa dinner. Takut terusik (akan basi) ke or maybe habis masa dinner tu. HAHA. So asingkan siap-siap tau.

Next..

Bukan enjoy makan je tau, ENJOY THE PROCESS, or pendek kata jangan rasa beban nak prepare lunchbox ni. 

Macam mana nak jadi rajin, nak buat bekal tiap hari kalau kita tak suka/enjoy apa yang kita nak buat tu. Bila kita enjoy tak rasa stress pon nak bangun pagi siapkan bekal. Seronok lagi ada.

Lagi best bila kita ikhlas masak, insyaAllah sedap, kenyang, suami & anak-anak happy. Pahala pon dapat. Best kan?

Lagi satu, carilah motivasi bila ada hari yang malas tu. Hehe

Macam Ijjara, ambik gambar #lunchbagotdAbangSado tu dah jadi motivasi. Bila rasa malas tengok balik gambar-gambar tu. Terus rasa macam akulah masterchef. HAHAHA. 
Padahal nak masak pon kena google. 


Last sekali,
Ready for emergency

Well, langit tak selalunya cerah. Akan ada hari yang selalunya langsung tak sempat nak masak. 

So masa ni Ijjara akan make sure Ijjara ada back up back punya 💪
Ijjara akan make sure ada protein drink kat rumah, incase memang tak sempat langsung nak prepare apa-apa. Kat rumah ni ESP & Cinch memang sentiasa ada. Sumber protein & meal replacement yang lengkap.

Ijjara akan make sure jugak kat rumah ada roti/biskut oatmeal. No jajan. 
So masa emergency memang berguna sangat semua ni 😎


Rasanya ni je kot tips & tricks yang so far Ijjara practice & memang memudahkan sangat untuk Ijjara prepare lunchbox untuk AbangSado. Korang boleh mulakan dengan menu yang simple je, tak payah nak jadi masterchef sangat 😜


Ok dah Ijjara nak pi masak sat. Lapaq spageti aglio olio pulak aihh.


Siapa ada tips nak tambah feel free untuk drop kat comment bawah ni.
Sharing is caring. 
Semoga bermanfaat untuk semua 😊


 INGIN MENDAPATKAN PRODUK SHAKLEE ATAU JANA PENDAPATAN DALAM BISNES SHAKLEE DENGAN TEAM IJJARA

Hubungi Ijjara untuk dapatkan set/produk Shaklee dengan konsultasi yang betul, panduan pendaftaran ahli Shaklee untuk menikmati harga ahli yang lebih jimat.


YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR

Nurul Izzani bt Zulkifle (Ijjara)
SMS/Whatsapp: +60183167285
Personal FB: Nurul Izzani
FB Page: HealthybeautyIjjara
Instagram: HealthybeautyIjjara


You Might Also Like

2 comments

Thank you for dropping by 😊

Subscribe